Friday, November 12, 2010

Engkaulah Segalanya

Razif masuk ke dalam bilik setelah mengambil wudhuk untuk solat isyak. Dia terus menuju ke komputer ribanya. Jam di komputernya menunjukkan jam 2. 50 pagi. Dia mahu menutup komputernya kerana sudah lama komputer itu di biarkan terpasang. Sejak dari tengahari tadi, Komputernya di buka sebagai peneman untuknya mengulangkaji pelajaran sepanjang hari itu.
Razif mula menutup program-program yang dibuka di komputernya. Mula-mula dia menutup soklan spot examnya yang tertulis di microsoft word. Dia memangkah program itu, namun komputer itu memberi tindak balas yang agak lambat. Razif mula geram. Komputer mula menunjukkan tanda-tanda untuk tidak memberi tindak balas terus. "eeeeeiiii geram betul aku dengan komputer ni. Dahlah dah lewat ni. Ko buat hal pula kat sini. Dahlah esok exam aku pagi." Razif cuba untuk menutup program lain pula iaitu winamp yang digunakan untuk mendengar lagu tadi. "eh lambat gak bende ni sakitnya hati ni. Nak je aku campak je komputer ni. Nasib je aku nak guna ko lagi." Razif mula menyumpah-nyumpah di dalam hatinya. Perasaan geram dan hilang sabarnya semakin meluap-luap. Dia menutup komputernya dengan rasa yang sangat marah dan tidak berpuas hati.
Setelah selesai menutup komputer ribanya. Dia mula mengambil sejadah untuk solat. Tiba-tiba dia mula terfikir. " sekarang jam dah pukul 3 pagi tapi aku baru nak solat isyak. Dari tadi aku sibuk menguruskan hal dunia. Bila dah hujung-hujung waktu baru aku nak kembali kepada Illahi". Dia mula terfikir semula kemarahannya kepada komputernya sebentar tadi. " masa komputer aku lambat dan tidak memberi tindak balas tadi aku rasa sangat marah. Camne pula agaknya bila aku lambat pada pencipta aku. Mesti Allah lagi marah. Tapi aku tak pernah peduli tu semua. Aku tak pernah peduli apa yang Allah rasa dekat aku. Mesti Allah lagi marah sebab dia yang ciptakan aku tetapi aku tak ikut arahan dia. Aku yang x cipta komputer tu pun rasa marah sangat dekat komputer tu bila ia tak ikut arahan aku. Sampai aku rasa nak campak je. Tapi Allah selalu beri aku peluang walaupun aku selalu lalai dalam menjalankan tanggungjawab pada dia. Dia masih memberi aku rezeki yang melimpah ruah. Dia sering memakbulkan permintaan aku. Dia sering memberi kebahagiaan dalam hidup ini. Segala-galanya Allah beri tapi aku masih tak bersyukur. Ya Allah berdosanya aku padaMu. Begitu banyak nikmat mu yg aku kufurkan. Begitu banyak kesilapan yang aku lakukan. Ampunilah hambamu ini.....
Razif terus melaksanakan solat dengan rasa yang sebak. Dia menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Allah. Mengingati segalanya tentang Allah. Betapa besarnya Engkau dan betapa kerdilnya aku. Setelah selesai solat isyak, razif berdoa memohon segala keampunan daripada Allah. Memohon agar masih ada ruang untuk dia kembali kepada Allah. Memohon agar Allah sentiasa membuka pintu hidayah kepadanya. Setelah itu dia melakukan solat taubat dan beberapa solat sunat yang lain. Memohon agar rasa ketenangan ini akan terus dapat dirasai sepanjang hidupnya.
Setelah selesai solat dia berjalan ke balkoni asramanya. Dia melihat ke arah langit. Sekali lagi dia mengagumi kebesaran Allah. SubhanaAllah.... Air matanya yang ditahan akhirnya mengalir juga... Ya Allah sekiranya aku mati sekarang apa agaknya yang akan aku persembahkan kepada Engkau. Tiada apa yang mampu ku banggakan. Air mata terus mengalir laju. Ya Allah di akhirat nanti apakah amalan aku mampu membantu kedua ibu bapaku. Amalan ku belum tentu dapat melepaskan diri ku di sana. Bagaimana agaknya aku ingin membantu kedua ibu bapaku yang telah banyak berjasa kepadaku. Ya Allah ampuni dosaku dan kedua ibu bapaku. Beriah petunjuk dan hidayahmu kepada kami. Hanya engkau sebaik2 pemberi hidayah. Jadikanlah kami orang-orang yang soleh.
Air mata diseka oleh Razif. Dia masuk kembali ke dalam biliknya dan mentup lampu biliknya untuk tidur. Dia membaringkan diri di atas katil. Dia sempat mencapai hanset dan hearfonnya untuk mendengar ayat-ayat Al-quran di siaran IKIM. Namun begitu siaran Ikim menyiarkan sebuah lagu berkaitan jihad. Sekali lagi air matnya mengalir. Ya Allah semangat jihadku amat tipis. Selama ini aku tidak mengambil berat tentang masalah saudara seislamku di Palestin. Ampunilah dosaku Ya Allah. Akhirnya razf tertido dengan linangan air mata di pipi.

Sunday, October 24, 2010

Hati kembali

Seblom ni ak sering tertanya-tanya.....
knapa agaknya apa yg aku inginkan sukar dimiliki.....
ak pernah mencintai seseorang....
rasa rindu, lalai dan leka pernah membuat diri ini hanyut....
aku sering takut kehilangan dia....
tanpa aku sedari yg ak semakin jauh dari pemilik cinta itu....

ak sering teringat kepada si dia....
sehingga aku lupa ada sesuatu yang lebih penting dalam hidup aku....
ak sering terfikir apa sedang dy lakukan...
tanpa aku sedari ada perkara yg lebih penting utk aku lakukan dalam hidup ini.
bila tidak berhubungan rindu di dada sukar dimengerti...
namun aku terlupa ada rindu yg lebih agung yang perlu aku perolehi.....

namun kasih syg Allah masih berpihak padaku....
si dia mula menjauhkan diri dariku....
ia terasa begitu skit bagiku.....
kdg2 ak terfikir aku x mampu utk melepasi sume ini....
hanya dia yang dapat membahagiakan hidup ini...

namun bantuan Allah x pernah jauh dari aku....
mungkin ini laluan terbaik utk diri ini menjadi hamba yg lebih taat kepada penciptanya....
mungkin Allah tidak mahu hati ini dijaga oleh manusia lain....
Allah mahu menjaga hatiku kembali.....
Ini adalah sebaik-baik hadiah utkku yg sering alpa dan leka sebelum ni....

aku diberi tarbiyah2 yg mampu menaikkan kembali semangatku....
aku lebih faham dan mengerti cinta Allah itu....
aku dapat merasakan hidup lebih indah dgn cinta dari pencipta....
walaupun ak tidak mempunyai si dia lagi di sisi....
namun ak ada Allah yg sentiasa menjaga aku.....

Hidup terasa lebih indah dan bahagia....
kini aku mengerti hikmah di sebalik ujian ini.....
mungkin aku x dapat memiliki si dia namun aku dapat memiliki cinta yg lebih hakiki....
cinta yg tiada tolak bandingnya....

kini aku lebih kuat utk menjadi wanita muslimah.....
wanita yg bakal menjadi penyambung warisan rasul...
ku doakan semoga si dia juga mampu menjadi pemimpin yg hebat....
jika bukan utkku tp untuk keluarganya....
kini aku meredahi pemergian si dia....
smoga kita akan sama-sama diredhai Allah......

P/s: tiada cinta seagung cinta Allah.... jangan sekali-kali bermimpi utk memiliki cinta manusia jika cinta kepada Allah masih blum sempurna......

Sunday, August 15, 2010

Saat Lafaz Sakinah

Debaran di hati smakin terasa.....
peluh sudah memercik2 di dahi dan seluruh tubuh pihak yg terlibat....
hanya menanti saat tibanya....
segalanya telah tersedia....
setelah lama majlis ini dirancang.....
akhirnya bakal menjadi kenyataan....

Saat lafaz sakinah.....
si ibu mula mengalir air mata syahdu.....
kini terlepaslah segala tanggungjawab di bahunya.....
anak yg dibesarkan selama ini bakal dimiliki oleh insan lain bergelar suami.....
hanya doa si ibu meniti di bibir.....
mengharapkan anaknya akan bahagia dengan kehidupan yang baru......

Saat lafaz sakinah.....
si ayah hanya mampu menahan sebak.
kini dia wali puteinya.....
diserahkan kini amanahnya kepada si suami....
berpesan kepada menantunya....
nafkahilah puterinya dan curahkan kasih tercinta seperti mana ku berikan padanya.....
didiklah puteriku menjadi wanita syurga mengerti makna akan maharnya.......

Saat lafaz sakinah.....
air mata si puteri turut mengalir syahdu......
sujud syukur ke hadrat illahi.....
moga mahligai yang dibina akan sentiasa dalam kebahagiaan....
jika sebelum ini segala masalah dan tangisan dikongsi bersama ibu bapa.....
namun kini segala derita dan tangisan akan disandarkan di bahu insan bergelar suami....
bukan bermakna dia bukan milik ibu bapa lagi namun fitrahnya inginkan suaminya disisi kini.....


Saat lafaz sakinah.....
debaran si suami mula menghilang.....
namun kini satu tanggungjawab besar akan dipikulnya......
seorang wanita bergelar isteri perlu dididiknya menjadi wanita muslimah.....
amanah yang diserahkan oleh ibu bapa si puteri harus dilaksanakan.....
akan ku bahagiakan isteriku dalam meniti kehidupan ini.....
akan ku curahkan kasih sayang yang lebih baik kepadamu isteriku.....
akan ku pimpin tanganmu isteriku dan putra putri kita ke jalan syurga.....
ini janjiku kepadamu.......

Saat lafaz sakinah......
seribu pengertian terungkap ketika ini.....
bahagia, syahdu, cinta dan tanggungjawab menjadi satu......
jadikan lafaz ini kekal hingga ke syurga.......
keindahan lafaz ini bukan pada maknanya tapi indahnya pada maksudnya

Friday, July 30, 2010

Cinta

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

P/s: Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah..."hidup ini hnya sekali, sekali bererti bukan 2 atau 3 atau 4....kehidupan didunia juga sekali,kematian juga sekali, kehidupan akhirat juga sekali,sekali bererti amat dikejar, sekali bererti amat disayangi,sekali beerti satu,satu bererti Esa, Esa itu hanyalah Allah......

Tuesday, July 20, 2010

Dugaan

Dugaan ini kembali lagi...........
Betapa sukar utk dihadapi,
Tiada kata dapat kugambarkan,
Tiada ucapan mampu kuluahkan.

Ya Allah,
Berilah petunjuk kepada hambamu ini.,
Aku sedar betapa lemahnya diriku ini,
masalah sekecil ini pun tidak mampu kuselesaikan sendiri,
aku memerlukan bantuan darimu.

Ya Allah,
Hambamu sedar dugaan adalah rencah kehidupan,
ini tandanya kau masih menyayagiku,
engkau masih mengingatiku sebagai hambamu,
tidak kau biarkan diri ini terus hanyut dengan dunia.

Ya Allah,
Jadikanlah dugaan sebagai pembakar khilafku,
aku redha menerima semuanya,
hanya satu yang kuharapkan,
kau tetapkanlah hati ini dengan iman,
agar tidak goyah menerima dugaan ini
juga agar dugaan ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Tuesday, July 13, 2010

Dari pandanganku

Aku ada wat uji kaji sikit pasal susana klas..... nilah hasil yang aku perolehi..
lecturer sedang khusyuk mengajar di depan.......bersungguh-sungguh lecturer matematik menerangkan pelajarannya kepada pelajarnya namun pelajar-pelajar semua seakan-akan berada di alam lain.....

Hariz- sedang sibuk menulis-nulis sesuatu kat kertas... tp yg pasti perkara yg ditulis bukan berkaitan subjek diajar.....tp masih nmpak cool lg....
Armand-fokus melihat pensyarah mengajar namun hakikatnya tiada perkara pon yg masuk dalam kepalanya tentang penerangan lecturer.
Din-Ni lagilh teruk.... dia tidur je kt ats meja seolah-oleh tiada lecturer di kelas.... lecturer pon malas dah nk tegur sbb dy mmg suka tidur pon dalam kelas.... payah ni....
Daniel-tengok kearah nota yang diberi namun tak tahulah dia memang betul2 baca nota tu atau hanya sekadar pandangan kosong.... entah2 tgh berangn....
Taufik-memang dah mengantuk sangat nampaknya..... dah tersengguk-sengguk dekat kerusi. Daniel yang berada disebelahnya mengurut-ngurutnya sebab nak tolong dia hilangkan ngantuk.
Mei Lin- fokus mendengar sambil catat nota-nota penting.. Al maklumlah dia ni mmg seorag yang rajin... dia satu-satunya pelajar bukan melayu dalam kelas ni.....
Aina-dah berkali-kali menguap sebab mengantuk.... terpaksa tahan sebab kesian dekat lecturer yang mengajar.... dia dh x senang duduk dah....asyik bergerak kekanan dan kekiri.
Izzah-sedang menulis-nulis diatas kertas... mugkin dia fokus mungkin jgk x fokus......x tahulah..
Farah-tunduk merenung nota... mungkin dah kebosanan sebab dah dekat 2 jam kelas.
Suraya-dah layu dekat atas meja..... maknanya dah mengantuk sangatlah tu....kesian kt dia... mungkin bangun awal kot pagi tadi....
Ayu-muka macam mengantuk tapi dia masih mencuba bertahan untuk lecturer.... masih memberi respon pada soal jawab lecturer.
wardah-dia cuba untuk fokus walaupun kadang2 mengantuk tapi bila lecturer tanya soklan teros jadi segar sebab takut kena jawab dekat depan.
Elina-sibuk dari tadi menulis sesuatu dekat kertas... mesti x fokus gak....
Sakinah- bergelak-gelak untuk hilangkan mengantuk.... ceria sangat.... cerita pasal pelah tu....bahagia semacam...
Aisyah- tengok nota sambil berbual-bual dengan sakinah.... ketawa-ketawa juga.
Arisa- diam je dekat belakang.... mungkin ngantuk dan bosan.
Qistina-diam juga dekat belakang ngantuk juga kot.
salina dan Adriana- x masuk kelas... awal-awal lagi dah minta nak keluar kelas sebab ada hal yang nak diuruskan... salah satu alasan untuk lari dari kelas....

nilah suasana setiap kali kelas matematik.... pelajar diam namun x semestinya fokus...... sume seolah-olah berada di dunia khayalan.......mungkinkah ini berpunca daripada tenaga pengajar atau pelajar-pelajar itu sendiri....sesuatu perlu dilakukan agar pengajaran menjadi lebih kondusif.....

Sunday, May 9, 2010

khas buatmu sahabat



sahabat,
engkaulah temanku di kala suka dan duka,
kita membesar bersama-sama,
dalam meniti usia remaja,
tiada rahsia antara kita,
gelak dan tawa mengiringi persahabatan kita,
rajuk dan tangis menyerikan lagi perhubungan kita.

sahabat,
kini kita terpisah jauh,
dalam mengejar cita-cita yang diimpikan,
namun kita masih saling berhubung,
berkongsi masalah dan pendapat,
walaupun adakalanya pendapat kita berbeza,
namun itu tidak menjadi masalah.

sahabat,
kini kau menghadapi masalah,
kutahu hatimu terluka,
rintihanmu membuatku turut terseksa,
ku sendiri buntu mencari jalan penyelesaian,
namun hanya satu pesananku,
kembalilah kepada Yang Maha Esa,
dia tempat mengadu segala masalah,
dia sebaik-baik tempat kembali.

sahabat,
mungkin terselit hikmah disebalik cubaan ini,
Allah ingin menunjukkan sesuatu yang terbaik untukmu,
mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatiNya,
maka ia sebaik-baik jalan untuk kita kembali kepadaNya,
marilah bersama menggapai keredhaanNya.

sahabat,
ingatlah kepada ibu bapamu,
mereka telah membesarkanmu sejak dari usiamu masih kecil,
mereka tidak pernah melupakanmu,
maka sentiasalah ingat mereka,
janganlah kerana seorang lelaki itu kau sanggup melihat air mata ibumu tumpah,
kasihanilah mereka yang telah membesarkanmu.

sahabat.
tidak banyak yang dapat ku bantumu,
hanya doa yang dapat sering kukirimkan untukmu,
hanya nasihat sahaja yang mampu ku berikan,
bangunlah kembali sahabatku,
kita pernah berjanji dulu untuk bersama-sama berjaya dalam cita-cita,

sahabat,
ingatlah sentiasa bahawa aku sentiasa disisimu walau apapun terjadi,
janganlah kau rasa kecewa jika kehilangan seseorang,
kerna ak sentiasa ada di sampingmu,
panggil sahaja namaku,
aku pasti akan datang kepadamu dan membantumu.

Saturday, May 8, 2010

kasih sayang

Kasih sayang adalah anugerah... ia sungguh bernilai dan berharga....kasih sayag mnjadikan hidup kite lebih bernilai dan berharga.. ia x dpt dibeli dan dimiliki dengan wang.... ia lahir dengan ikhlas dan tanpa dipaksa....kasih sayang yg hakiki ialah milik Illahi.... kasih syg ibu bapa sanggup berkorban apa jua demi anak-anak...kasih syg sesama insan adalah indah dan bahgia.... ia akan bertambah indah dan bernilai jika disuburi cinta Illahi.... kasih syg kerana Allah akn membawa kita ke jalan kebenaran dan hakiki....kasih syg yg terbina adalah semata-mata keranaNya..... sntiasa mngharapkan keredhaanNya.... sngop berjuang dan berkorban apa jua demi mncapai cintaNya....
Alangkahnya indahnya hidup ini jika kita memiliki kasih syg itu.... hidup terasa nikmat.... kita akn menjadi sentiasa gembira dgn kasih syg itu.... kita akan sentiasa mengingatiNya dan menjauhi kemakhsiatan....ia jauh berbeza dengan kasih syg kerana dunia semata-mata.... kasih syg dunia akan membuat kita gembira namun sementera sahaja.... pelbagai msalah akan dihadapi dan sukar diatasi kerna x mengingatiNya....kita mnjadi smakin jauh dari pencipta kerna takot hilang kasih syg di dunia.... kita akan takot dgn kehilangan dan perpisahan....ia juga menjadikan kita tersasar daripada tujuan utama kehidupab kita..... dan akhirnya kita sendiri yg akn rugi..... Oleh itu, wahai rakan-rakan mari kita suburkan kasih syg yg sentiasa di atas landasn yg btol dan mengikut syariatNya.... ia adalah perkara yang sukar utk digapai namun tak mustahil untuk dimiliki.... dekatkanlah dirimu dengan Allah...... suburkan jiwamu dengan iman dan ilmu......hampirilah rakan-rakan yang dapat membantumu...... dan suburlkanlah kasih syg terbina sesama manusia semata-mata kerana Allah... marilah kita bersama-sama berusaha menggapainya.... InsyaAllah....


Saturday, April 24, 2010

Keredhaanmu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
terimalah diri ini

Monday, April 19, 2010

im back

Rsenya dh lam giler x tulis blog ni..... al maklumlah cbuk.... kadg2 tu x sbok mane pon tp x de mood nk menulis.... adk ak dh bnyk kali dh suroh ak update blog ni.... tp ak mg x de mood nk tulis..... lgpon semnjk 2 menjak ini ak sgt sbuk ngn assigmnt.... ade 1 ari tu ak smpai x tido mlm menyiapkan assigmnt... tp bile fikir2 blik mmg salah aklah sbb x buat dr awl..... tp nk wt cmnekn ak mmg ade satu pnyakit iaitu suke wt keje last minit...pastu merana diri.....tp ak x pernh menyesal wt bende ni.... bnde ni dh jd rutin bg ak dlm setiap sem......ak rse x lngkp hidop ak klu x wt cmni..... hehehe...(tu ayt mnyelamtkn diri tu)....skng ni ak akn cbe untuk aktif blk tulis blog.....tp tu pon klu ak ade mase dan moodlah....

Saturday, March 6, 2010

Jom Makan Angin/ Melancong

Lg seminggu je lg cuti skolah bakal tiba... pasti ramai yang dah mula plan2 nk gi cuti....
beselah wktu2 cmni jelah mase utk mengeratkan silaturahim..... ak ade bbrapa cdgn utk korg gi bercuti... ni antara tempt yg aku pernah gi....

  • Pulau Langkawi
Pulau ni ak gi waktu ak form 3. kirenya dah lama dh... tp knangn manis di sana masih
tersemat indah dalam diriku.Pulau Langkawi ni merupakan salah satu pulau yang
tercantik di malaysia. Pulau ni terletak di utara semenanjung Malaysia, kedah. Kirenya
jauhlah pulau ni dr tempat ak.Antara tempat mnarik yg sempat ak kunjungi ialah pantai
chenang. Pantai ni cantik. Aku sewa chalet tido kt ctu. harga pun berpatutan. Pastu kt cni
gak ak gi underwaterworld. Underwaterworld ni ialh akuarium besar yng menempatkan
pelbagai jenis ikan. Bnyk ikan dpt aku temui kt cni.. Selain tu klu dh gi pulau langkawi jgn
lepaskan peluang utk gi nek cablecar/kereta kabel. Bende ni agk menyeramkn klu nek sbb
tinggi. Wktu ak nek tu menjerit2 gak ak sbb gayat. Tp ia adalah sesuatu yg menyeronokkn.
Selain tu kt cni gak terletaknya makam mahsuri, beras terbakar dan tasik dayang bunting.
Tmpt2 ni kira bersejarahlah.. Kt pulau langkawi ni gak famous ngn coklat yg harganya
murah2... bg penggemar2 coklat kt cni korg bleylah borong coklat bnyk2.

  • Genting Highland
Ni lagi satu tmpt yg aku pernah gi. Tempat ni ak gi mase taun 2008.. Bru lglah
kirenya. Genting ni terletak kt negeri pahang... Kwasnnye terletak di atas kwsn tinggi...
Kiranya sejuklah tmpt ni... Tmpt ni pun best untuk dilawati... Kt tmpt ni plbagai
permainan disediakan. Kbnyakan permainan2nya agk mencabarlah.... Bnyk permainan kt
cni membuatkn aku kecot perut. Wlupun menakutkan tp bestlh bila mainnye... terjerit2
sume bile men permainannya... antara permainannya ialah roler coaster,pirate ship dan
bnyk lglah.... kt cni hrga mkann n hotel sume agk mahallh tp berbaloilh... Lg 1 yg bestnye
ialah bile nk nek ke gnting ni kita kena nek cable car bru bley smpi kt atas...Klu anda
inginkn percutian yg mendebarkan.... gilah ke genting highlands..

  • Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia..kt Kl ni pon bnyk tempat2 menarik utk
dilawati...dulu mase kcik2 jarglah dpt gi kl..... tp skng ni ak mmg tinggl kt Kl... nek bosn gak
duk kt ctu...hahaha... kt kl ni antara tempat yg femes ialah menara kl, klcc,masjid negara,
putrajaya,zoo negara dan bnyk lglah.... zoo negara kt kl ni bsr.... ingt lg waktu ak kcik2 dlu
smpi mengis-nangis ak nk blik sbb pnt berjln...klu nk shoping pon bnyk tempt
gak....antaranya masjd jamek, sogo dan bnyk lglah....slain tu klu nk tmbh ilmu bleylah gi
muzium negara,muzium kesenian islam, planetarium dan petrosains....

  • Kelantan
Negeri lain yang pernah ak gi mse cuti ialah kelantan.... klu kelantan ni negeri dy ak rse
tenang je mse gi sane....sejuk je ati bile smpi kt sane...... kos hidup kt sane pon rndh.... tmpt2
shoping yg menarik kat sane ialah pasar siti khadijah,wakaf che yeh dan rantau panjang....
harge2 murh dan memuaskan....slain tu kt sini klu nk gi berkelah dan bersantai bersama
keluarga bleylah gi pntai cahaya bulan, pntai irama dan pantai bisikan bayu....tmpt2nya sume
menarik.... klu iginkan percutian yg santai bleylah gi ke klantn...

terdapat bnyk lg tempat yg menarik sebenarnye kt Malaysia ni.... tp ak mls dh nk tulis... mood dh x de.... ni jelah yg dpt ak ceritakn sedikit.....slain tu kt johor ni pon bnyk tempt menarik.... ak klu kt johor ni slalu pergi pantai....jadi ak ucapkan slamt bercuti....



Tuesday, March 2, 2010

Khilaf

Aduh,
Hatiku bagai dihiris kaca,
melihat sikapnya yg seolah-olah,
cuba menjauhkan diri dariku,
ape sebenarnya yang berlaku antara kita,
adekah aku yg salah atau hanya salah faham sahaja...

Aku tidak dapat hidup dengan tenang dan gembira,
Aku seringkali terfikir tentangnya dan mencari masalah hubungan kami,
Aku x tahu ape yang perlu dilakukan bagi menjernihkan hubungan kami,
Bersalahkah aku...

Namun aku sedar pasti ada hikmah disebalik sumenya,
sesungguhnya semua yg terjadi adalah dalam genggaman Allah,
mungkin ada sesuatu yang lebih baik menantikan di masa akan datang,
sesuatu yang menjanjikan kebahagiaan buat ak,,
Biarlah aku serahkan segalanya kepada takdir,
cukuplah Allah sebagai penemanku pada masa kini,,
akanku serahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaNya....

mungkin ini satu ujian daripada Allah utk menyedarkan aku,
mungkin ini penebus bagi khilaf yg pernah aku lakukan semasa bersamamu,
aku redha dengan sumenya,
ku harap hubungan kita akan kembali seperti biasa,,
agar dapat ku nikmati hidup ini dengan lebih bahagia....

Monday, February 8, 2010

RahmatMu

keliru.....
aku x taw ape yg harus lakukan...
aku dapat rasakan jalan yg sedang ku lalui skarng pnuh liku...
aku sering bertanya pada diriku sendiri....
sipakah diriku sebenarnya....

apakah tujuan ak dihidupkan....
jawapan yg ku temui pastilah aku adalah seorang hamba...
yang ditugaskan utk mengabdikan diri kepada Allah....
namun aku sering lalai dlm menjalankan tanggungjawab kepadaNya....
aku malu pada diriku sendiri dan padaNya....
dimanakah janjiku sebagai seorang hamba....
yg telah aku lafazkan sebelum aku dilahirkan di dunia ini...

Dunia....
menyebabkan aku menjadi leka..
aku sering terpedaya dengan tipudaya dunia....
adakalanya aku dapat merasakan aku seolah-olah lebih mencintai hal dunia daripada akhirt...
aku seolah-olah lupa janji yg telah tertulis didalam alquran....

Allah....
dalam menempuhi hidup ini...
bnyk dugaan dtg menguji...
ada yg dpt ku gagahi ...
dan ada yg gagal ku hindari...

Allah...
dosaku menggunug tinggi..
tapi taubatku x ku tepati...
rahmatmu menlangit luas...
namun terlalu sikit ku bersyukur...

Allah...
pintaku hanya satu...
walaupun ku sedar sipalah diriku utk meminta darimu...
ku harap rahmat dan hidayahmu...
bimbinglah ku ke jalanmu...
kembalikan aku ke jalan pulangku yg lurus...
ku ingin merasai nikmat iman yang selama ini x kutemui...

Allah...
jadikan aku hamba yg bersyukur...
serta puas dengan apa yg kumiliki....
yg sanggup menghadapi apa sahaja demi akhirat....
tidak memikirkan hal dunia melebihi akhirat...

Tuesday, February 2, 2010

YakiNlah

YakiNlah,
pada dirimu sendiri,
ini kerana,
tiada siapa akan lebih meyakini dirimu,
melainkan dirimu sendiri...

Yakinlah
pada semua perkara yang terjadi,
pasti ada hikmah di sebaliknya,
ini kerana tiada perkara yang sia2,
di muka bumi ini....

Yakinlah,
pada ketentuan takdirmu,
usah dipertikaikan apa yang terjadi,
ini kerana,
itu semua adalah ketentuanNya,
tiada siapa yang lebih tahu,
melainkanNya pemilik nyawa kita....

Yakinlah,
dengan Allah,
Ini kerana Allah amat menyayangi hamba-hambanya,
Diuji kita agar dapat memperoleh sesuatu yang lebih baik,
juga menaikkan darjat kita...

Yakinlah,
wahai manusia,
ini kerana keyakinan kita,
yang akan menentukan kejayaan kita,
dan hala tuju kehidupan kita...

Friday, January 29, 2010

Boys Over Flower




Hari ni bile ak blk umah, ak dapat tahu adk2 ak sume tgh tergiler-giler kt citer 'boys over flower'. alah citer korea yg ala2 citer 'meteor garden' tu.. klu korng nk taw citer ni pasal seorang pmpuan miskin yg tteba dapt msuk skola kaya kepunyaan seseorg mamat ni.... mamat ni kre herolah kt citer ni.... wlupun mke hnsom tp pragal truk giler.... laki ni ada satu kumpulan yg dinamakan F4... sume dak2 pmpuan kt skola tu sume tergiler2 kt kumpulan tu.. tp pempuan yg heroen citer ni ngan selambanya menentang grup ni yg zalim kt skola tu..tp nak diijadikan citer laki hero(jun pyo) bley jatuh cinta plk kt pmpuan heroen(jan di) ni.. tp masa mula2 citer ni jan di ni minat kat ji ho yg merupakan salah seorang grup F4 jgk... mcm2 cara dilakukan oleh jun pyo nak tawan hati pmpuan ni.... Bile diorang dh couple ttbe laki ni kna pegang tngungjwb utk memimpin syarikat dia... dia terpaksalah menolak cinta yg dah berbunga kt ati sebab mak dia x benarkan dia kwn ngn pmpuan miskin ni dan mak dia dah tentukan calon untuk dia.... pas tu ak mlas nk citer lg... klu korang nk taw tgklah sendiri eh.... lagu2 dalm citer ni best2 gak... cubelah try dgr klu nak taw.

Thursday, January 28, 2010

Apakah rahsianya????

dari segi warna
hijau-mencintai alam sekitar,pemurah,ambil berat,penyayang,berperikemanusiaan,kritis ,banyak idea

hitam-serius,tinggi iltizam,buat sesutu dengan bersungguh2

putih-optimis,sabar,sangka baik,suka kedamaian

merah jambu
-penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi

oren-suka kebebasasn,kreatif,aktif ,agak kelam kabut,ramai kawan,semangat tinggi

kuning-ceria,tahan lasak,suka berkawan

biru muda-sensitif,beretika,suka menolong,suka bekerjasama,sedia berkorban untuk orang lain

emas/perak-suka kepada kejayaan

urutan dalam keluarga


anak sulung-cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek,jadi model kepada adik2 ,pandai pujuk,suka kawal orang lain

anak tengah-suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur

anak bongsu-berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif

anak tunggal -yakin,tak bergantung pada orang lain,cermat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

Ni sume hanya kajian... x semestinya betul... yg penting bgaimana diri kita sendiri mencorok diri masing-masing....

Kampungku Kesayanganku




Yea2, esk nak blik kg... hepynya sebab ak dah lame x blk kg... dh dekat sebulan dah... X sabar nk jmpe umi,abah,adk2 ,nenek n atok ak.... Ak teramatlah sayang kg ak ni.. ak rse sume org mcm tukan... normallah tu... Biasalah dari kecik duduk kat situkn... ak ni mmg sejak dri kecil duk kt johor... mse ak kecik2 dlu ak duduk dkt endau mersing... Masa tu tempat tu kecik je... cam pekan je... klu nk gi bli shoping pn kna g kat mersing... tp skang ni tempat tu dah semakin maju... teringat ak mse g sekola lame ak kt endau tahun lepas.. nama skolanya skala keb bandar endau... rse sedih gak mase 2 sbb teringat kenangan2 lame kat situ... dimanakah kwn2 lame n ckgu2 yg mengajar ak mengenal huruf dulukn... ak harap mereka sume berjaya dalam bidang masing2 sekarang... ak kt sekola tu sampai drjah 2 je.... pas tu ak pindah ke kluang sebab abah ak kna pindah... ak ikut jela... sdey gak mse nak pindah tu.... tp itulah hdp... pertemuan dan perpisahan itu adatlahkan.. pas tu ak skola kt sek keb kg melayu tp 4 bulan je kot... mse kt skola kg mlayu ni ak x brapa bley nk ssuaikan diri... maklumlah bru... dak2 lama sume pandai2... tp lame2 oklah... pas tu aku pindah plak kt sek keb ulu dengar sbb abah ak pindah lagi... skola ni skola felda... mase kt sekola ni bestlah gak... kwn2 ak rmai n baik2.... masa kt skola ni ak cam femeslah ckit sebab ak dak barukan.... prasan plk ak ni...hehe... tp ak kt skola tu setaun je sebab abah ak kna pindah skali lg.... tp memang tu yang abah ak nk... abah ak ni cikgu.... jd dia nk mengajar kt kg dia blk... sekali lg ak berpindah ke Kluang johor... ak masuk skali lg kat skola keb kg melayu... ak duk kat sekola ni sampai ak drjah 6... Pas tu ak sekola menengah kt skola tinggi kluang.... ak skola kt ctu smpai ak habis skola..bnyaklah kenangan pht manis, suka n duka kt ctu..... pas tu ak msuk mtrik johor tp kjp je... dalm 2 bulan je... wlupun 2 bulan tp bnyak kenagn2 manis terukir kt cni.... i love mtrik johor very much.... pas 2 ak masuk mktb... meleleh jgk air mata ak masa nak pindah dari matrik tp ak kuatkan semangatuntuk menuntut ilmu.... skang ni ak masih blajar kt maktab untuk bergelar seorang guru satu ari nanti.....wlupun kini ak hidup dkt kl tp pd ak kg ak masih terbek... wlupun x semaju kl tp ak sentiasa gembira, tenang n tenteram kt kg ak.... namun skang ni kg akpun dah semakin mju... smakin bnyk bangunan2 baru dibina, smakin banyk tempat untk shoping dan semakin banyk tempat utk remaja2 melepak...astaghfirullahalazim,,, antara2 bangunan bru tu ialah kluang parade, kluang mall dan lain2.....

Wednesday, January 27, 2010

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah



JANUARI

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius,
  • suka mendidik dan dididik,
  • sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik,
  • rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan,
  • suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain,
  • pendiam kecuali telah dirangsang,agak pemalu dan daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
  • cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial dan cukup cemburu yg sangat tinggi


FEBRUARI

  • berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent
  • bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam.
  • Pemalu, rendah diri, jujur dan setia pd segalanya,
  • keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan
  • ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan
  • suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi


MAC

  • berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam
  • rasa sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan tahu kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


APRIL

  • sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
  • sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain,
  • berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • sgt cemburu dan terlalu cemburu


MEI

  • kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi,
  • pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
  • perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
  • bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
  • daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros


JUN

  • berfikiran jauh & berwawasan
  • mudah ditawan krn sikap baik
  • berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala
  • bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
  • cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan
  • org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet
  • kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama
  • mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


JULAI

  • Sangat seronok didamping
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain,Sangat peramah,Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental sgt peka
  • caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah,suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut,mudah gemuk kawal tak kawal diet.
  • minta disayangi,mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • terlalu mengambil berat,rajin dalam membuat kerja


OGOS

  • suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain
  • berani dan tidak tahu takut.
  • orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego
  • nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa.
  • cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin.
  • sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat.
  • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan


SEPTEMBER

  • sangat bersopan santun & bertolak ansur
  • sangat cermat,teliti & teratur,suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
  • pendiam tapi panda bercakap
  • sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci
  • amanah,setia & jujur,kerja yg dilakukan sangat sempurna
  • sangat sensitif yg tidak diketahui org, banyak berfikir, daya pentaakulan yg baikotak, bijak & mudah belajar
  • suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik,pandai mendorong diri sendiri,mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
  • suka sukan,hiburan & melancong
  • kurang menunjukan perasaannya terluka, hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan,sukakan benda yg luas bersistematik


OKTOBER

  • suka sembang, suka org yg sayang padanya,suka ambil jln tengah,sangat menawan & sopan santun
  • kecantikan luar & dalam,tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik, pentingkan kawan,sentiasa berkawan,hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama,cepat marah,macam pentingkan diri sendirit,idak menolong org kecuali diminta
  • suka melihat dari perspektifnya sendiri,tidak suka terima pandangan org lain,emosi yg mudah terusik,suka berangan & pandai bercakap
  • emosi yg kelam kabut,daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan),suka melancong,bidang sastera & seni,pengasih ,penyayang & lemah lembut
  • romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu,ambil berat tentang org lain,suka kegiatan luar
  • org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran,mudah patah semangat


NOVEMBER

  • banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak,
  • penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi
  • bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
  • taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya,
  • badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
  • suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik,Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa,bercita-cita tinggi,suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
  • Seronok didampingi,suka bercampur dgn org ,suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura,cepat marah,perangai yg berubah-ubah,tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan,suka berlawak,pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik


KeLasku DuNiaku



Tibe2 mlm nie... aku teringin nk bercerita tentang kelas aku kt maktab ni... Bakal-bakal guru pemulihanlah kami semua ni... bile dikira-kira dah dekat 3 taun kitaorang bersama.. dah banyak suke, duke, knangan manis n pahit telah kami lalui.. dah dikatakan cam adik beradiklah ktorang ni.. Tp kdg2 tu msh de gak prasaan malu2 bile nak kna present kt dpn klas.. hehehe. Bnyk function2 yg kami dah jalankan bersama.. Antaranya jualan gerai, lawatan ke kelas pemulihan, bina insan guru, forum dan banyak lagilah...wlupun plbagai masalah yang dihadapi namun kami kuatkan juga semangat demi satu tujuan... ak rse bnyk jgk hati-hati yang tergores sepanjang 3 taun ni... namun itulah kehidupan.... sume tu lumrahlah, Aku harap sume tu dapat dilupakan dan jadikan ia pendorong utk berjaya. Kenangan2 pahit tu kita sama-sama jadikan kenanagn manis sebab sebenarnya dah x lame je lagi kita akan bersama.. tinggal 3 taun je lagi.. wlupun nmpk cam lame je lg tp sebenarnya kejap je tu... taun ni ktorang dapat kelas bru untuk dijadikan kelas kami sendiri... kelas 2 dulu cam stor je tp skang ni dah semakin cantik... ni sume berkat hasil usaha dak2 klas ak yg bersusah payah nak jdkan klas tu cantik.... Harap2 kita akan dapat mrealisasikan hasrat tu.. aku berharap kami semua akan menjadi guru-guru pemulihan yang berjaya satu hari nanti... Namun ketika kita telah menjadi guru yang berjaya.... kita pasti akn teringat kembali kenangan-kenagan kita di maktab dulu. wlupun banyk kekangan yang kita hadapi kat maktab kita ni tapi tulah yang menjadi pembakar semgt kita sume... Aku berharap ukhwah kita sume akan berkekalan dan sentiasa dalam redha Illahi. Itulah kami yang terdiri daripada 19 orang(14 kaun hawa 5 kaun adam). Jika salah seorang dari kita tiada maka tidak lengkaplah kelas kami... Itulah kelasku yang juga duniaku pada masa ini.

Sesekali DiUji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

anak bangsaku

Di dada-dada akhbar kini masalah sosial dikalangan remaja semakin berleluasa. Aku sendiri jadi bingung melihat keadaan yang melanda negaraku ini. Geneasi akan datang yang bakal memimpin negaraku dan agamaku semakin sukar untuk dicari. Apakah sebenarnya punca-punca kejadian ini. Telah sering kali diperdebatkan namun tiada jalan penyelesaian yang dapat kita temukan.
Keadaan ini juga tidak membolehkan kita untuk duduk diam membiarkan ia berlaku begitu sahaja. Kepelbagaiannya semakin sehari seakan memaksa kita untuk lebih bertegas berdepan dengannya. Adakalanya perubahan sosial yang berlaku ini menjadikan kita lebih peka terhadap peranan dan tanggungjawab yang patut kita tunaikan.
Setiap individu masyarakat memainkan peranan untuk membantu namun pada hari ini semua orang seperti sudah lupa konsep masyarakat. Masing-masing menguruskan hal masing-masing.
Meskipun skala fenomena sosial yang kita timbulkan mungkin masih berada satu tahap keterlanjuran, namun jika ia tidak dibendung dengan berkesan, ia mungkin berubah menjadi kebiasaan yang akan mengheret kita kepada cara kehidupan sosial yang tidak sihat. Oleh hal yang demikian itu setiap anggota masyarakat termasuk remaja sendiri perlu memainkan peranan dalam membentuk cara dan corak pergaulan yang baik dan cemerlang, berteraskan ajaran agama yang kukuh.

Remaja atau belia yang ingin mengekalkan pergaulan terpuji di kalangan rakan-rakan mereka mestilah mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat yang juga terpuji seperti berakhlak mulia, beradab ketika berbicara, sering memberi salam, jujur, memelihara amanat, sabar, toleransi dan seumpamanya hingga kepada azam menanam rasa memuliakan teman atau rakan yang baik pada isetiap pertemuan. Pergaulan juga harus dijaga daripada perkataan yang sia-sia, kotor dan perkara-perkara yang merupakan ‘kerugian’ bagi setiap individu Muslim.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah."

Bagi remaja yang sudah terpesong hendaklah kita sedar bahawa kitaa sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup yang asal serta mencipta kebaikan dan kecemerlangan diri. Tidak bererti keterlanjuran diri yang telah berlalu merupakan sempadan yang tidak dapat diubah ke arah yang lebih baik dan sempurna. Justeru, pergaulan yang dicari ialah pergaulan yang baik, beretika, dan sentiasa ingat kepada ajaran-ajaran beragama serta menghala tuju ke arah kualiti hidup yang berguna. Lihatlah kepada resmi ikan, meskipun berenang di lautan masin, namun ikannya tetap tawar dan sedap dimakan.

sama-samalah kita saling nasihat menasihati agar perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Teringat saya kepada satu firman Allah yang menyebut setiap bala bencana yang berlaku itu pasti disebabkan kejahilan manusia itu sendiri. Beringatlah wahai manusia. Muhasabah diri kita ini.