Friday, July 30, 2010

Cinta

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

P/s: Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah..."hidup ini hnya sekali, sekali bererti bukan 2 atau 3 atau 4....kehidupan didunia juga sekali,kematian juga sekali, kehidupan akhirat juga sekali,sekali bererti amat dikejar, sekali bererti amat disayangi,sekali beerti satu,satu bererti Esa, Esa itu hanyalah Allah......

Tuesday, July 20, 2010

Dugaan

Dugaan ini kembali lagi...........
Betapa sukar utk dihadapi,
Tiada kata dapat kugambarkan,
Tiada ucapan mampu kuluahkan.

Ya Allah,
Berilah petunjuk kepada hambamu ini.,
Aku sedar betapa lemahnya diriku ini,
masalah sekecil ini pun tidak mampu kuselesaikan sendiri,
aku memerlukan bantuan darimu.

Ya Allah,
Hambamu sedar dugaan adalah rencah kehidupan,
ini tandanya kau masih menyayagiku,
engkau masih mengingatiku sebagai hambamu,
tidak kau biarkan diri ini terus hanyut dengan dunia.

Ya Allah,
Jadikanlah dugaan sebagai pembakar khilafku,
aku redha menerima semuanya,
hanya satu yang kuharapkan,
kau tetapkanlah hati ini dengan iman,
agar tidak goyah menerima dugaan ini
juga agar dugaan ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Tuesday, July 13, 2010

Dari pandanganku

Aku ada wat uji kaji sikit pasal susana klas..... nilah hasil yang aku perolehi..
lecturer sedang khusyuk mengajar di depan.......bersungguh-sungguh lecturer matematik menerangkan pelajarannya kepada pelajarnya namun pelajar-pelajar semua seakan-akan berada di alam lain.....

Hariz- sedang sibuk menulis-nulis sesuatu kat kertas... tp yg pasti perkara yg ditulis bukan berkaitan subjek diajar.....tp masih nmpak cool lg....
Armand-fokus melihat pensyarah mengajar namun hakikatnya tiada perkara pon yg masuk dalam kepalanya tentang penerangan lecturer.
Din-Ni lagilh teruk.... dia tidur je kt ats meja seolah-oleh tiada lecturer di kelas.... lecturer pon malas dah nk tegur sbb dy mmg suka tidur pon dalam kelas.... payah ni....
Daniel-tengok kearah nota yang diberi namun tak tahulah dia memang betul2 baca nota tu atau hanya sekadar pandangan kosong.... entah2 tgh berangn....
Taufik-memang dah mengantuk sangat nampaknya..... dah tersengguk-sengguk dekat kerusi. Daniel yang berada disebelahnya mengurut-ngurutnya sebab nak tolong dia hilangkan ngantuk.
Mei Lin- fokus mendengar sambil catat nota-nota penting.. Al maklumlah dia ni mmg seorag yang rajin... dia satu-satunya pelajar bukan melayu dalam kelas ni.....
Aina-dah berkali-kali menguap sebab mengantuk.... terpaksa tahan sebab kesian dekat lecturer yang mengajar.... dia dh x senang duduk dah....asyik bergerak kekanan dan kekiri.
Izzah-sedang menulis-nulis diatas kertas... mugkin dia fokus mungkin jgk x fokus......x tahulah..
Farah-tunduk merenung nota... mungkin dah kebosanan sebab dah dekat 2 jam kelas.
Suraya-dah layu dekat atas meja..... maknanya dah mengantuk sangatlah tu....kesian kt dia... mungkin bangun awal kot pagi tadi....
Ayu-muka macam mengantuk tapi dia masih mencuba bertahan untuk lecturer.... masih memberi respon pada soal jawab lecturer.
wardah-dia cuba untuk fokus walaupun kadang2 mengantuk tapi bila lecturer tanya soklan teros jadi segar sebab takut kena jawab dekat depan.
Elina-sibuk dari tadi menulis sesuatu dekat kertas... mesti x fokus gak....
Sakinah- bergelak-gelak untuk hilangkan mengantuk.... ceria sangat.... cerita pasal pelah tu....bahagia semacam...
Aisyah- tengok nota sambil berbual-bual dengan sakinah.... ketawa-ketawa juga.
Arisa- diam je dekat belakang.... mungkin ngantuk dan bosan.
Qistina-diam juga dekat belakang ngantuk juga kot.
salina dan Adriana- x masuk kelas... awal-awal lagi dah minta nak keluar kelas sebab ada hal yang nak diuruskan... salah satu alasan untuk lari dari kelas....

nilah suasana setiap kali kelas matematik.... pelajar diam namun x semestinya fokus...... sume seolah-olah berada di dunia khayalan.......mungkinkah ini berpunca daripada tenaga pengajar atau pelajar-pelajar itu sendiri....sesuatu perlu dilakukan agar pengajaran menjadi lebih kondusif.....