Friday, November 12, 2010

Engkaulah Segalanya

Razif masuk ke dalam bilik setelah mengambil wudhuk untuk solat isyak. Dia terus menuju ke komputer ribanya. Jam di komputernya menunjukkan jam 2. 50 pagi. Dia mahu menutup komputernya kerana sudah lama komputer itu di biarkan terpasang. Sejak dari tengahari tadi, Komputernya di buka sebagai peneman untuknya mengulangkaji pelajaran sepanjang hari itu.
Razif mula menutup program-program yang dibuka di komputernya. Mula-mula dia menutup soklan spot examnya yang tertulis di microsoft word. Dia memangkah program itu, namun komputer itu memberi tindak balas yang agak lambat. Razif mula geram. Komputer mula menunjukkan tanda-tanda untuk tidak memberi tindak balas terus. "eeeeeiiii geram betul aku dengan komputer ni. Dahlah dah lewat ni. Ko buat hal pula kat sini. Dahlah esok exam aku pagi." Razif cuba untuk menutup program lain pula iaitu winamp yang digunakan untuk mendengar lagu tadi. "eh lambat gak bende ni sakitnya hati ni. Nak je aku campak je komputer ni. Nasib je aku nak guna ko lagi." Razif mula menyumpah-nyumpah di dalam hatinya. Perasaan geram dan hilang sabarnya semakin meluap-luap. Dia menutup komputernya dengan rasa yang sangat marah dan tidak berpuas hati.
Setelah selesai menutup komputer ribanya. Dia mula mengambil sejadah untuk solat. Tiba-tiba dia mula terfikir. " sekarang jam dah pukul 3 pagi tapi aku baru nak solat isyak. Dari tadi aku sibuk menguruskan hal dunia. Bila dah hujung-hujung waktu baru aku nak kembali kepada Illahi". Dia mula terfikir semula kemarahannya kepada komputernya sebentar tadi. " masa komputer aku lambat dan tidak memberi tindak balas tadi aku rasa sangat marah. Camne pula agaknya bila aku lambat pada pencipta aku. Mesti Allah lagi marah. Tapi aku tak pernah peduli tu semua. Aku tak pernah peduli apa yang Allah rasa dekat aku. Mesti Allah lagi marah sebab dia yang ciptakan aku tetapi aku tak ikut arahan dia. Aku yang x cipta komputer tu pun rasa marah sangat dekat komputer tu bila ia tak ikut arahan aku. Sampai aku rasa nak campak je. Tapi Allah selalu beri aku peluang walaupun aku selalu lalai dalam menjalankan tanggungjawab pada dia. Dia masih memberi aku rezeki yang melimpah ruah. Dia sering memakbulkan permintaan aku. Dia sering memberi kebahagiaan dalam hidup ini. Segala-galanya Allah beri tapi aku masih tak bersyukur. Ya Allah berdosanya aku padaMu. Begitu banyak nikmat mu yg aku kufurkan. Begitu banyak kesilapan yang aku lakukan. Ampunilah hambamu ini.....
Razif terus melaksanakan solat dengan rasa yang sebak. Dia menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Allah. Mengingati segalanya tentang Allah. Betapa besarnya Engkau dan betapa kerdilnya aku. Setelah selesai solat isyak, razif berdoa memohon segala keampunan daripada Allah. Memohon agar masih ada ruang untuk dia kembali kepada Allah. Memohon agar Allah sentiasa membuka pintu hidayah kepadanya. Setelah itu dia melakukan solat taubat dan beberapa solat sunat yang lain. Memohon agar rasa ketenangan ini akan terus dapat dirasai sepanjang hidupnya.
Setelah selesai solat dia berjalan ke balkoni asramanya. Dia melihat ke arah langit. Sekali lagi dia mengagumi kebesaran Allah. SubhanaAllah.... Air matanya yang ditahan akhirnya mengalir juga... Ya Allah sekiranya aku mati sekarang apa agaknya yang akan aku persembahkan kepada Engkau. Tiada apa yang mampu ku banggakan. Air mata terus mengalir laju. Ya Allah di akhirat nanti apakah amalan aku mampu membantu kedua ibu bapaku. Amalan ku belum tentu dapat melepaskan diri ku di sana. Bagaimana agaknya aku ingin membantu kedua ibu bapaku yang telah banyak berjasa kepadaku. Ya Allah ampuni dosaku dan kedua ibu bapaku. Beriah petunjuk dan hidayahmu kepada kami. Hanya engkau sebaik2 pemberi hidayah. Jadikanlah kami orang-orang yang soleh.
Air mata diseka oleh Razif. Dia masuk kembali ke dalam biliknya dan mentup lampu biliknya untuk tidur. Dia membaringkan diri di atas katil. Dia sempat mencapai hanset dan hearfonnya untuk mendengar ayat-ayat Al-quran di siaran IKIM. Namun begitu siaran Ikim menyiarkan sebuah lagu berkaitan jihad. Sekali lagi air matnya mengalir. Ya Allah semangat jihadku amat tipis. Selama ini aku tidak mengambil berat tentang masalah saudara seislamku di Palestin. Ampunilah dosaku Ya Allah. Akhirnya razf tertido dengan linangan air mata di pipi.