Sunday, May 9, 2010

khas buatmu sahabat



sahabat,
engkaulah temanku di kala suka dan duka,
kita membesar bersama-sama,
dalam meniti usia remaja,
tiada rahsia antara kita,
gelak dan tawa mengiringi persahabatan kita,
rajuk dan tangis menyerikan lagi perhubungan kita.

sahabat,
kini kita terpisah jauh,
dalam mengejar cita-cita yang diimpikan,
namun kita masih saling berhubung,
berkongsi masalah dan pendapat,
walaupun adakalanya pendapat kita berbeza,
namun itu tidak menjadi masalah.

sahabat,
kini kau menghadapi masalah,
kutahu hatimu terluka,
rintihanmu membuatku turut terseksa,
ku sendiri buntu mencari jalan penyelesaian,
namun hanya satu pesananku,
kembalilah kepada Yang Maha Esa,
dia tempat mengadu segala masalah,
dia sebaik-baik tempat kembali.

sahabat,
mungkin terselit hikmah disebalik cubaan ini,
Allah ingin menunjukkan sesuatu yang terbaik untukmu,
mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatiNya,
maka ia sebaik-baik jalan untuk kita kembali kepadaNya,
marilah bersama menggapai keredhaanNya.

sahabat,
ingatlah kepada ibu bapamu,
mereka telah membesarkanmu sejak dari usiamu masih kecil,
mereka tidak pernah melupakanmu,
maka sentiasalah ingat mereka,
janganlah kerana seorang lelaki itu kau sanggup melihat air mata ibumu tumpah,
kasihanilah mereka yang telah membesarkanmu.

sahabat.
tidak banyak yang dapat ku bantumu,
hanya doa yang dapat sering kukirimkan untukmu,
hanya nasihat sahaja yang mampu ku berikan,
bangunlah kembali sahabatku,
kita pernah berjanji dulu untuk bersama-sama berjaya dalam cita-cita,

sahabat,
ingatlah sentiasa bahawa aku sentiasa disisimu walau apapun terjadi,
janganlah kau rasa kecewa jika kehilangan seseorang,
kerna ak sentiasa ada di sampingmu,
panggil sahaja namaku,
aku pasti akan datang kepadamu dan membantumu.

Saturday, May 8, 2010

kasih sayang

Kasih sayang adalah anugerah... ia sungguh bernilai dan berharga....kasih sayag mnjadikan hidup kite lebih bernilai dan berharga.. ia x dpt dibeli dan dimiliki dengan wang.... ia lahir dengan ikhlas dan tanpa dipaksa....kasih sayang yg hakiki ialah milik Illahi.... kasih syg ibu bapa sanggup berkorban apa jua demi anak-anak...kasih syg sesama insan adalah indah dan bahgia.... ia akan bertambah indah dan bernilai jika disuburi cinta Illahi.... kasih syg kerana Allah akn membawa kita ke jalan kebenaran dan hakiki....kasih syg yg terbina adalah semata-mata keranaNya..... sntiasa mngharapkan keredhaanNya.... sngop berjuang dan berkorban apa jua demi mncapai cintaNya....
Alangkahnya indahnya hidup ini jika kita memiliki kasih syg itu.... hidup terasa nikmat.... kita akn menjadi sentiasa gembira dgn kasih syg itu.... kita akan sentiasa mengingatiNya dan menjauhi kemakhsiatan....ia jauh berbeza dengan kasih syg kerana dunia semata-mata.... kasih syg dunia akan membuat kita gembira namun sementera sahaja.... pelbagai msalah akan dihadapi dan sukar diatasi kerna x mengingatiNya....kita mnjadi smakin jauh dari pencipta kerna takot hilang kasih syg di dunia.... kita akan takot dgn kehilangan dan perpisahan....ia juga menjadikan kita tersasar daripada tujuan utama kehidupab kita..... dan akhirnya kita sendiri yg akn rugi..... Oleh itu, wahai rakan-rakan mari kita suburkan kasih syg yg sentiasa di atas landasn yg btol dan mengikut syariatNya.... ia adalah perkara yang sukar utk digapai namun tak mustahil untuk dimiliki.... dekatkanlah dirimu dengan Allah...... suburkan jiwamu dengan iman dan ilmu......hampirilah rakan-rakan yang dapat membantumu...... dan suburlkanlah kasih syg terbina sesama manusia semata-mata kerana Allah... marilah kita bersama-sama berusaha menggapainya.... InsyaAllah....