Sunday, May 9, 2010

khas buatmu sahabat



sahabat,
engkaulah temanku di kala suka dan duka,
kita membesar bersama-sama,
dalam meniti usia remaja,
tiada rahsia antara kita,
gelak dan tawa mengiringi persahabatan kita,
rajuk dan tangis menyerikan lagi perhubungan kita.

sahabat,
kini kita terpisah jauh,
dalam mengejar cita-cita yang diimpikan,
namun kita masih saling berhubung,
berkongsi masalah dan pendapat,
walaupun adakalanya pendapat kita berbeza,
namun itu tidak menjadi masalah.

sahabat,
kini kau menghadapi masalah,
kutahu hatimu terluka,
rintihanmu membuatku turut terseksa,
ku sendiri buntu mencari jalan penyelesaian,
namun hanya satu pesananku,
kembalilah kepada Yang Maha Esa,
dia tempat mengadu segala masalah,
dia sebaik-baik tempat kembali.

sahabat,
mungkin terselit hikmah disebalik cubaan ini,
Allah ingin menunjukkan sesuatu yang terbaik untukmu,
mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatiNya,
maka ia sebaik-baik jalan untuk kita kembali kepadaNya,
marilah bersama menggapai keredhaanNya.

sahabat,
ingatlah kepada ibu bapamu,
mereka telah membesarkanmu sejak dari usiamu masih kecil,
mereka tidak pernah melupakanmu,
maka sentiasalah ingat mereka,
janganlah kerana seorang lelaki itu kau sanggup melihat air mata ibumu tumpah,
kasihanilah mereka yang telah membesarkanmu.

sahabat.
tidak banyak yang dapat ku bantumu,
hanya doa yang dapat sering kukirimkan untukmu,
hanya nasihat sahaja yang mampu ku berikan,
bangunlah kembali sahabatku,
kita pernah berjanji dulu untuk bersama-sama berjaya dalam cita-cita,

sahabat,
ingatlah sentiasa bahawa aku sentiasa disisimu walau apapun terjadi,
janganlah kau rasa kecewa jika kehilangan seseorang,
kerna ak sentiasa ada di sampingmu,
panggil sahaja namaku,
aku pasti akan datang kepadamu dan membantumu.

No comments:

Post a Comment