Tuesday, February 2, 2010

YakiNlah

YakiNlah,
pada dirimu sendiri,
ini kerana,
tiada siapa akan lebih meyakini dirimu,
melainkan dirimu sendiri...

Yakinlah
pada semua perkara yang terjadi,
pasti ada hikmah di sebaliknya,
ini kerana tiada perkara yang sia2,
di muka bumi ini....

Yakinlah,
pada ketentuan takdirmu,
usah dipertikaikan apa yang terjadi,
ini kerana,
itu semua adalah ketentuanNya,
tiada siapa yang lebih tahu,
melainkanNya pemilik nyawa kita....

Yakinlah,
dengan Allah,
Ini kerana Allah amat menyayangi hamba-hambanya,
Diuji kita agar dapat memperoleh sesuatu yang lebih baik,
juga menaikkan darjat kita...

Yakinlah,
wahai manusia,
ini kerana keyakinan kita,
yang akan menentukan kejayaan kita,
dan hala tuju kehidupan kita...

No comments:

Post a Comment